BAB 2
“Tengku Faris Shah Tengku Ismail ! Bangunlah ! Dah pukul 8 pagi ni ! Ya Allah .. Kamu nak bangun pukul berapa ni Shah ? Kamu kan dah janji nak tolong papa kamu dekat ofis tu .. Shah ! “ Jerit Tengku Maria .
“ Yes , mummy ! Shah dah bangunlah .. Shah tengah siap ni . 5 minutes more ..! “ Jerit Shah .
“ Ish budak ni . Dah pukul 8 , tak siap-siap lagi .. Bersiap macam anak dara lah anak teruna aku ni .. “ Gumam Tengu Maria .
---- Sementara di Universiti---
“ Edryna Maisara Hisham ! Cepatlah ! Nanti lambat masuk kuliah .. Mampus kena pancung dengan Prof Lim nanti ..! “ Suara Rina telah menyebabkan berlakunya pencemaran bunyi pada pagi yang indah dan harmoni ini .
“ Sabarlah minah . Nak keluarlah ni . Tengah touch-up sikit lagi ni . Ish , tak sabar-sabar . “
“ Hei cik kak , aku dah banyak bersabar tau . Ahh , tak ada tak ada . Aku bagi kau masa 5 minit je lagi . Kalau tak , adios amigos ! “ Ugut Rina .
‘ Hekena , nak ugut-ugut aku pulak . ‘
“ Ye lah , kejap . “
5 minit kemudian ………………………………………..
‘ Mana Rina ni ? Takkan dah tinggalkan aku ? Hmm … Haa , tu pun dia . Eh , dia tak pandang arah aku
lah .. Hehe , perangai setan aku dah datang balik . Siap kau Rina . ‘
“ Hye dear . Heheh . “
Sambil pusing ke belakang Rina berkata , “ Huh , nasib baik kau cepat . Kalau tak , memang aku
dah ……………… “
Tiba-tiba , “ Arghhhhh !!!!!! “ Rina menjerit sampai terduduk dibuatnya . Hehehe ..
“ Ehh , kenapa kau terduduk ni ? Cun sangat ke aku sampai kau terperanjat gila ni ? “ Tanya aku sambil kenyit mata ala-ala cute gitu .
“ Kau …. Kau …. Kau ni kenapa hah ? Dah gila ke ?! “
“ Apa ? Mana ada aku buat apa-apa . “ Aku cakap dengan muka innocent habis .
“ Kau kata kau tak buat apa-apa ? “
Angguk .
“ Muka kau yang dah macam pontianak harum sundal pagi ni kau boleh kata tak ada apa-apa ? Cun ?
Kau ni memang nak kena pergi check mata . Dah kronik sangat ni ! “
Aku sengih , “ Pontianak harum sundal malam kan cun . Muka macam Maya Karin tu .. Fulamak ! Thank you , thank you sebab puji aku cun macam Maya Karin ..! Hahaha … “ Aku gelak sambil control-control ayu gitu .
“ Kau ni ! Sebelum aku tepuk kau , baik kau stop mengarut ..! Kau pergi basuh segala mak nenek yang ada dekat muka kau tu .. Dengan bedak tebal , celak terang nak mampus , bibir merah macam dengan pakai lipstick sepuluh batang .. Ni , rambut ni . Rambut negro mana kau ambik ni ? “ Tanya Rina sambil menunjal-nunjal rambut ak yang mahal ni .
“ Hei , rambut aku yang mahal lagi cantik menarik aku memang debuum ni kau jangan kacau erk . Aset aku yang paling berharga ni .. “
“ Banyaklah kau punya aset . Kau pergi buang semua benda-benda ni . Pergi tukar balik pakai baju asal . Sekarang , Sara … “
“ Ehh , dah tak sempatlah . Jom , jom . Nanti on the way ke , lepas kuliah ke , aku cerita dekat kau kenapa aku jadi camni .. Now , let’s go ! “
Rina menggeleng .
“ Ish , buat malu aku je lah .. “ Gumam Rina perlahan .
“ Good morning mummy ! “ Sapa Shah lalu mencium pipi mummynya .
“ Hmm .. Morning . Baru nak turun ? Dah pukul berapa ni ? “
Shah menggaru kepalanya yang tidak gatal pun sebenarnya.
“ Alahh , mummy . Sorry lah . Bru pukul 8.30 pagi mummy . “
“ Baru 8.30 pagi kamu kata ? Masuk ofis patutnya pukul berapa ? “
“ Mummy ni .. I’m just came back from overseas .. I also need rest mummy .. Ni pun kira okay tau Shah nak tolong papa dekat ofis tu .. “
“ Baru apanya Shah oii .. Almost 1 and a half month . Kamu jangan nak ngada-ngada . Daripada kamu melepak tak tentu arah , makan , tido , makan , tido , lagi baik kalau kamu tolong papa kamu dekat ofis tu .. Ingat sikit . Tahun ni kamu dah nak masuk 26 tahun , dah boleh kahwin dah pun . Belajar-belajar cari duit daripada sekarang . Kamu ni … bla .. bla .. bla .. “
‘ Oppss ! Mummy sudah memulakan khutbah hariannya . Better aku chiao dulu . ‘
“ Hmm , okay lah mummy . Shah nak pergi dah ni . Dah lambat . Bye , mummy . “
“ Dengar mummy membebel , terus nak lari .. Pandu kereta tu elok-elok . Jangan main redah je ikot suka kamu . “
“ Okay mummy . “ Shah tunduk mencium tangan dan pipi mummynya dan berlari-lari anak menuju ke kereta kesayangannya , Lamborghini hitam metallic , yang terletak di porch . Setelah memanaskan enjin , dia memecut keretanya di jalan .
No comments:
Post a Comment